BOEING mengucapkan selamat tinggal kepada model jet jumbo 747 selepas menghantar model terakhirnya kepada Atlas Air di Washington pada Selasa.
Ribuan pekerja Boeing - termasuk mereka yang digelar 'luar biasa' kerana membangunkan pesawat itu pada 1960-an menyaksikan detik bersejarah pesawat ke-1,574 dan terakhir yang pernah dibina.
Hadir memeriahkan majlis itu adalah selebriti, John Travolta, yang pernah mempelajari membawa pesawat 747-400 selaku duta Qantas Airlines.
"Ini merupakan saat yang paling sukar untuk dilalui oleh mana-mana juruterbang komersial. Pesawat ini boleh saya anggap sebagai pesawat paling selamat yang pernah dibangunkan," katanya memetik laporan Reuters.
Dianggap sebagai 'Queen of the Skies', model 747 merupakan pesawat pertama di dunia yang mempunyai dua laluan atau lorong dalam pesawat.
Ia direka dan dibina selama 28 bulan dengan Pan Am menjadi syarikat pengendali pertama pada 1970.
"Pesawat ini yang mentafsirkan semula definisi industri pengangkutan udara," kata Guy Norris, penulis bersama buku 'Boeing 747: Design and Development Since 1969'.
Dalam pada itu, usahawan terkemuka Britain, Richard Branson turut mengabadi kenangan berkenaan pesawat itu.
Ia selepas dia memulakan syarikat penerbangan dengan sebuah Boeing 747 selepas serik mengalami penundaan penerbangan.
"Ini memberi pengiktirafan kepada Amerika dan Boeing sebagai peneraju industri penerbangan," kata Branson, anak kepada pramugara yang mengasaskan Virgin Atlantic pada 1984.
Astro Awani
Wed Feb 01 2023
Dianggap sebagai 'Queen of the Skies', model 747 merupakan pesawat pertama di dunia yang mempunyai dua laluan atau lorong dalam pesawat. - Foto REUTERS
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Pemberi maklumat Boeing ditemui mati beberapa hari selepas beri keterangan
Bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu ditemui mati.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu.
Malaysia Airlines bakal peroleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8 melalui ALC
Pesawat tersebut mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus, sejajar dengan pelan kemampanan Malaysia Airlines.
PM Anwar adakan pertemuan bersama Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers
Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi di New York.
Boeing, CAE akan bekerjasama dalam latihan juruterbang
CAE akan menjadi penyedia latihan bertauliah Boeing dan yang pertama menawarkan kurikulum Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Boeing.
Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.